Thursday, June 16, 2011

Monolog

Since bestie tulis monolog, saye pon nak try la ^.^ hehs!
Ok i dont really get whats a monolog but i guess its just an expression of whatever thats in your heart. So i shall do that.
Dhea's monolog is abt the devastating loss of her dad. Mine will be about being an adopted child. Feel like doing my monolog in english cos my malay sudah karat :( but nvm, i shall try. So pls bear with my karatness oke.
Here goes:
(thinking how to start... :P)





Aku dikurniakan dengan ibu bapa
Yang sangat istimewa
Yang ku sayangi, yang ku hargai
Mereka adalah segala-galanya padaku
Tetapi, Tidak ku sangka
Bukan ibu yang ku kenali selama ini
Yang melahirkanku
Yang sedarah dengan ku


Aku mula syak
Setelah Amira saudaraku
Menyoal ku
Walaupun tidak dapat ku memberi jawapan
Sejak hari itu
Naluri ku semakin kuat setiap hari
Aku mula mencari
Bukti-bukti kukuh
Walaupun serba salah
Kerana ku yakin dan percaya
Akan naluri ku yang cukup kuat


Tuhan yang maha kaya
Akan memberi jawapan jika diizinkan
Aku bersyukur
Bukti pertama
Diberi naluri yang kuat sekali lagi
'Not born in Singapore'
Ku tertanya-tanya
Aku mencari jawapan
Dengan bertanya teman
Tidak satu pun yang sama
Kuat naluriku
Dimana lahirnya aku?

Tidak lama kemudian
Ibu sering menceritakan
Tentang kisah hidupnya
Yang tidak ku sangka
Menjalani nasib yang serupa
Dengan ku
Berulang-ulang kali
Ibu bertanya
Apa perasaanku jika aku
Berada di tempatnya
Berulang-ulang kali juga
Akan ku jawab dengan sejujur-jujurnya
Ku bangga
Mempunyai keluarga yang ikhlas
Menyayangi
Tidak akan ku pernah
Mengubah jawapan itu
Walau di tempat siapa pun
Ku berada

Subjek ku gemari
Sains biologi
Topik yang menguatkan lagi
Naluri ku ini
Topik mengenal pasti
Jenis darah
Diajari
Tiada siapa melainkan yang maha esa
Yang dapat tahu
Bagaimana kuatnya naluri ku
Jenis darahku
Tidak akan sepadan dengan ibu bapaku
Bertambah yakin
Hari demi hari
Apa ku mahu
Hanyalah kebenaran
Siapakah aku?

Dari bukti pertama
Hinggalah umurku 16 tahun
Tidak dapat ku bukukan semuanya lagi
Aku akhirnya bertanya
Kepada saudaruku bernama Syafinah
Adakah ku ini anak angkat?
Tidak dapat lagi aku menafikan
Apabila dia tidak membalas soalanku

Soalanku akhirnya sampai
Ke ibu bapaku
Pada malam hari
Mereka membawaku ke pantai berdekatan
Tidak dapat ku lupa
Perasaan ku pada malam itu

Siapakah aku?
Telahku tahui
Tangisan yang bercucuran
Tiada kenal erti berhenti

Siapakah aku?
Aku anak Mariana dan Sallehudin
Tiada ikatan darah
Tetapi ikatan hati
Yang sesungguhnya
Lebih erat

Hanyaku mahu
Mengenal mereka
Bagaimana rupa mereka
Tidak lebih dari itu
Kerana hingga akhir hayat
Akan ku pilih ikatan hati


Naluri
-Nurin Sallehudin-